Kem4tian itu pasti bagi setiap makhluk Allah di atas muka bumi ini. Sebagai manusia, selagi nadi berdenyut, selama itu kita masih berpeluang mempersiapkan diri untuk dijemput oleh malaikat maut kelak.
Sabda Rasulullah SAW, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sesiapa pun pasti pernah mendengar hadis di atas kerana ia antara hadis berkaitan amal jariah yang terkenal dalam masyarakat untuk dijadikan ‘pelaburan’ pahala masing-masing sebagai saham akhirat nanti.
Selain daripada ketiga-tiga perbuatan tersebut, sebenarnya ada beberapa lagi amal jariah yang boleh kita lakukan untuk memastikan pahala kekal mengalir walaupun setelah meninggaI dunia.
Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarkan, anak soleh yang ditinggalkan, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis itu, ada tujuh amalan jariah yang pahalanya berterusan walaupun pelakunya sudah meninggaI dunia:
1. Ilmu yang disebarkan
Besar rahmatnya bagi orang yang mengajar dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, baik melalui pendidikan formal di sekolah mahupun pendidikan tidak formal seperti perbincangan ilmiah serta tazkirah di masjid, kursus motivasi dan sebagainya.
2. Anak soleh yang ditinggalkan
Pendidikan anak-anak seharusnya bermula sejak mereka kecil lagi. Bacaan zikir, al-Quran serta amalan yang baik harus dilazimkan oleh ibu bapa untuk mendapatkan anak yang soleh. Ini kerana doa anak soleh terhadap ibu bapanya adalah mustajab di sisi Allah SWT.
3. Kitab-kitab agama yang diwariskan
Mewariskan kitab suci al-Quran, kitab tafsir al-Quran dan buku-buku agama agar dapat dimanfaatkan oleh pihak lain seperti ahli keluarga di rumah, maahad tahfiz serta perpustakaan awam.
Selagi kitab-kitab tersebut dibaca dan digunakan, maka pahala berterusan akan diperoleh oleh si pemberi.
4. Masjid yang dibina
Orang yang membina, mewakafkan dan mendermakan wang bagi pembinaan masjid akan dikurniakan pahala serta kedudukan di syurga.
Ia sebagaimana disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka, Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Rumah yang dibina untuk musafir
Antara amalan yang dituntut adalah membina rumah atau apa-apa jenis bangunan untuk kegunaan para musafir. Si pembina akan meraih pahala bagi setiap orang yang memanfaatkan tempat itu seperti untuk berehat sebentar ataupun bermalam, asalkan bukan atas tujuan maksiat.
Di Malaysia, antara contoh bangunan adalah hentian rehat dan rawat (RnR).
6. Sungai yang dialirkan untuk kepentingan ramai
Mereka yang membantu mengalirkan air bersih kepada manusia serta makhluk Allah yang lain seperti menggali perigi dan sebagainya akan diberikan pahala selagi mana air itu diminum dan digunakan.
Bahkan, lebih ramai orang memanfaatkan air itu, semakin banyak juga pahala yang diterima di akhirat. Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).
7. Harta yang disedekahkan
Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda. Selain daripada harta, mewakafkan tanah untuk tujuan kebaikan seperti pembangunan pendidikan Islam, rumah anak yatim, tanah perkuburan dan rumah orang-orang tua juga dikira sedekah.
Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya.” (Hadis Riwayat Tabrani).
Mungkin ada antara amalan tersebut agar sukar dilakukan tetapi, cubalah sedaya yang mampu untuk melakukannya kerana perkara itu akan menjadi bekalan buat kita di akhirat nanti.
Jika tidak mampu dari segi kewangan, barangkali, kita boleh didik anak-anak agar menjadi anak soleh supaya mereka dapat mendoakan kita tatkala kita sudah tiada lagi di dunia.
Sumber Sinar Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.